Selamat berkunjung ke blog Kembara Bahasa. Bahan dalam blog ini boleh dimanfaatkan asal sahaja dinyatakan sebagai sumber rujukan atau petikan. Bagaimanapun Kembara Bahasa tidak bertanggungjawab atas apa-apa jua implikasi undang-undang dan yang lain daripada penggunaan bahan dalam blog ini.



~Kembara Bahasa~

Pendukung Melayu Mahawangsa berteraskan risalah Ilahi




Wednesday, May 2, 2012

Kreativiti yang disalahgunakan


Sedih sekali hamba melihat kreativiti disalahgunakan. Kepandaian melukis digunakan untuk menghina dan memperolok-olokan orang. Kepandaian berbahasa digunakan untuk menabur fitnah, mencaci dan bahkan mencarut untuk melempiaskan kebencian kepada orang lain. Begitukah yang diajarkan di rumah dan di sekolah? Begitukah cara orang yang diberi nikmat Islam berperi laku? Tidak aibkah kepada orang yang tidak mendapat suluhan iman tetapi tidak tergamak berbahasa buruk seperti itu? Silalah raikan perbedaan pendapat apabila memang perlu, tetapi tidak perlu sama sekali sehingga kehilangan adab.

Kembara Bahasa
2 Mei 2012

2 comments:

  1. Saya juga demikian, adanya. Rasa tersinggung melihat sesama Melayu, kutuk-mengutuk, latah-melatah. Tapi apa daya, Prof, itulah cerminan Melayu kita hari ini.Sopannya, hemahnya, buat-buat belaka, meskipun saya sangat berharap, kelompok itu hanya segelintir sahaja.

    ReplyDelete
  2. realiti masyarakat hari ini...

    ReplyDelete