Selamat berkunjung ke blog Kembara Bahasa. Bahan dalam blog ini boleh dimanfaatkan asal sahaja dinyatakan sebagai sumber rujukan atau petikan. Bagaimanapun Kembara Bahasa tidak bertanggungjawab atas apa-apa jua implikasi undang-undang dan yang lain daripada penggunaan bahan dalam blog ini.



~Kembara Bahasa~

Pendukung Melayu Mahawangsa berteraskan risalah Ilahi




Monday, July 23, 2012

Puisi "Kuasa Puasa"

Puasa
pemerkasa jiwa.
Puasa
pemerkasa takwa.

Puasa
pengutuh iman.
Puasa
pengutuh ihsan.

Puasa
penuntun nafsu.
Puasa
penuntun kalbu.

Kuasa puasa
memperkukuh cinta kepada Yang Esa
Kuasa puasa
memperkukuh persaudaraan sesama manusia

Kuasa puasa
memnghindari rasa utama
Kuasa puasa
menghindari tamak haloba

Kuasa puasa
menghindari perangai tercela
Kuasa puasa
menghindari sifat bakhil bederma

Kuasa puasa
mengembalikan diri kepada fitrah insani.
Kuasa puasa
mengembalikan diri kepada maknanya yang hakiki.

Kembara Bahasa
24 Julai 2012/4 Ramadan 1433

No comments:

Post a Comment