Selamat berkunjung ke blog Kembara Bahasa. Bahan dalam blog ini boleh dimanfaatkan asal sahaja dinyatakan sebagai sumber rujukan atau petikan. Bagaimanapun Kembara Bahasa tidak bertanggungjawab atas apa-apa jua implikasi undang-undang dan yang lain daripada penggunaan bahan dalam blog ini.



~Kembara Bahasa~

Pendukung Melayu Mahawangsa berteraskan risalah Ilahi




Sunday, March 17, 2013

Puisi "Catatan Malam"

Catatan malam

Hadirku bukan untuk memberitahumu
bahawa daku lebih tahu
bukan untuk menyerlahkan keunggulan
bukan untuk memerikan kehebatan

Daku sekadar makhluk yang nasia
dengan segala kekurangan
dan segala kedaifan
Daku sekadar melunaskan amanah
menggalas tanggungjawab kepada ummah
menurut ketetapan risalah

Ayuh kita mantapkan fikrah
kita perjuangkan hak yang sah
kita punahkan nafsu berbalah
kita betulkan niat yang salah
kita tuju mercu madhatillah

Sanggupkah dikau saksikan
martabat terbilang kian menghilang
persatuan berganti perpecahan
kesatuan akidah beransur lemah
kecendekiaan lebur dimamah akal yang tak subur
kebijaksanaan terperosok dik penggila kuasa yang kemaruk

Masa tidak akan menunggu lama
sedang kita masih terus leka
dengan perbalahan yang sia-sia
dengan dendam kesumat yang tak terselia
dengan amarah yang merajalela

Masanya kian singkat
Ayuh kita bulatkan tekad
mengembalikan ummah bermartabat.

Kembara Bahasa
17 Mac 2013/6 Jamadil Awal 1434

No comments:

Post a Comment