Perjalanan untuk Diteruskan
Sudah begitu jauh kita melangkah rupanya
sehingga kita tidak mungkin berundur semula
Telah banyak ikrar dan janji yang terlafaz
atas keyakinan
yang terbina daripada harapan
meskipun kadangkala dalam kabut samar
Sesekali keraguan menerpa
mendatangkan syak
atas kemungkinan terowong
tanpa cahaya di hujungnya
atas kemungkinan badai
yang mengaramkan kolek
Dengan tekad yang nekad
teguhkan janji kepada diri
janji kepada teman sejati
untuk melanjutkan perjalanan
yang entah di mana dan bila hujungnya
kerana perjuangan
memang tidak menjanjikan kemanisan di hujungnya
Cukuplah menikmati kemanisan kala melaksanakannya.
Kembara Bahasa
19 Mac 2013
Putrajaya
No comments:
Post a Comment