Selamat berkunjung ke blog Kembara Bahasa. Bahan dalam blog ini boleh dimanfaatkan asal sahaja dinyatakan sebagai sumber rujukan atau petikan. Bagaimanapun Kembara Bahasa tidak bertanggungjawab atas apa-apa jua implikasi undang-undang dan yang lain daripada penggunaan bahan dalam blog ini.



~Kembara Bahasa~

Pendukung Melayu Mahawangsa berteraskan risalah Ilahi




Sunday, October 9, 2011

Syarahan Tokoh Bahasa Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya


Syarahan di atas insya-Allah akan merincikan Dasar Bahasa Kebangsaan sebagai salah satu satu dasar negara yang berperanan penting dalam proses pembinaan negara (nation building). Tiga peranan utama bahasa Melayu dalam pembinaan negara disorot, iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama sistem pendidikan negara.

Asas-asas pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan turut dijelaskan. Kendala dan hambatan terhadap pelaksanaan Dasar Bahasa Kebangsaan sesudah lebih setengah abad negara mencapai kemerdekaan menuntut iltizam yang lebih tinggi daripada para penjawat awam sebagai golongan yang bertanggungjawab memastikan pelaksanaan dasar tersebut. Beberapa cadangan konkrit dan praktis dikemukakan. Teks syarahan insya-Allah akan disiarkan sesudah majlis syarahan berlangsung.

~Kembara Bahasa~
9 Oktober 2011/11 Zulkaedah 1432

No comments:

Post a Comment