Selamat berkunjung ke blog Kembara Bahasa. Bahan dalam blog ini boleh dimanfaatkan asal sahaja dinyatakan sebagai sumber rujukan atau petikan. Bagaimanapun Kembara Bahasa tidak bertanggungjawab atas apa-apa jua implikasi undang-undang dan yang lain daripada penggunaan bahan dalam blog ini.



~Kembara Bahasa~

Pendukung Melayu Mahawangsa berteraskan risalah Ilahi




Thursday, October 20, 2011

Lagu Rakyat


Lagu Rakyat

[ I ]

Pok amai-amai
belalang kupu-kupu
Bertepuk ramai-ramai
Nanti mendapat sesuatu

Susu lemak manis
Santan kelapa muda
Yang miskin terus mengemis
Yang kaya membolot laba

[ II ]

Sorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Disuruh makan kami makan
Disuruh mengundi belum tahu

[ III ]

Gendang gendut tali kecapi
Kenyang perut luka di hati

[ IV ]

Cok cok gendung
Gendung menari-nari
Bagai lembu dicucuk hidung
Ditarik orang ke sana sini

[ V ]

Enjit enjit semut
Siapa sakit naik atas
Akal sudah jumud
Menimbang selalu terbabas

[ VI ]

Nenek, nenek si bongkok tiga
Siang malam asyik berjaga
Kalau hidup bertuhankan dunia
Lebih baik haiwan yang melata

~Kembara Bahasa~
21 Oktober 2011/23 Zulkaedah 1432

4 comments:

  1. Teringat zaman kecik-kecik dulu....:)

    ReplyDelete
  2. Lagu rakyat masih tetap berguna untuk orang dewasa.

    ReplyDelete
  3. Salam, Prof,
    Rangkap yang pertama dan yang ketiga sangat santai tetapi sungguh-sungguh tajam. Tak faham-faham lagi? Itulah bahananya kalau rajin sangat bertepuk tangan. Pantang kalau sang pemuka mengeraskan suara dalam ucapan, bergegarlah tepukan walhal isi?

    Tindakan "orang-orang" dalam rangkap yang ketiga itu haruskah kita namakan bijaksana, Prof?

    ReplyDelete
  4. Sdr. Zul,

    Begitu banyak munafik di dunia. Mudahah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan itu.

    ReplyDelete