Selamat berkunjung ke blog Kembara Bahasa. Bahan dalam blog ini boleh dimanfaatkan asal sahaja dinyatakan sebagai sumber rujukan atau petikan. Bagaimanapun Kembara Bahasa tidak bertanggungjawab atas apa-apa jua implikasi undang-undang dan yang lain daripada penggunaan bahan dalam blog ini.



~Kembara Bahasa~

Pendukung Melayu Mahawangsa berteraskan risalah Ilahi




Saturday, October 15, 2011

Puisi: Bunglon


Bunglon

Bunglon
merah di tanah
hijau di daun

Bunglon
diciptakan Tuhan
menjadi tanda dan iktibar
menjadi kias dan misal

Manusia bunglon
bisa menang sepanjang zaman
kerana angguknya kepada tuan
kendatipun menyanggah iman

Manusia bunglon
bisa mewah sepanjang zaman
kerana sokongannya tiada bandingan
meskipun menyanggah kebenaran

Manusia bunglon
bisa berkuasa sepanjang zaman
kerana pintar membawa badan
meskipun tergadai nilai insan

Lamun di alam akhirah
tiadakan berupaya ia mengubah fitrah
tiadakan berdaya ia mengubah wajah
tiadakan mampu ia berhujah

Bunglon
diciptakan Tuhan
menjadi tanda dan iktibar
menjadi kias dan misal


~Kembara Bahasa~
16 Oktober 2011/18 Zulkaedah 1432


2 comments:

  1. Salam, Prof,
    Menarik puisi ini. Bunglon mengubah rupa demi keselamatan diri dan kerana itu tidak menjatuhkan martabat diri; Bung Angguk yang menjadi Bunglon dalam puisi Prof jelas tiada harga diri.

    ReplyDelete
  2. Salam, Sdr. Zul,

    Kian banyak muncul 'bunglon' dalam segenap bidang, baik politik, ekonomi, bahasa, pendidikan dan hatta agama!

    ReplyDelete