Selamat berkunjung ke blog Kembara Bahasa. Bahan dalam blog ini boleh dimanfaatkan asal sahaja dinyatakan sebagai sumber rujukan atau petikan. Bagaimanapun Kembara Bahasa tidak bertanggungjawab atas apa-apa jua implikasi undang-undang dan yang lain daripada penggunaan bahan dalam blog ini.
~Kembara Bahasa~
Pendukung Melayu Mahawangsa berteraskan risalah Ilahi
Thursday, November 29, 2012
Terima kasih, wahai para Munsyi
Terima kasih banyak-banyak kepada para Munsyi Dewan yang sedang bermuzakarah di Institut Aminuddin Baki, Seri Layang, Genting kerana mengurniai hamba Anugerah Wira Cendekia Bahasa bersempena dengan Muzakarah Munsyi Dewan 2012 yang berlangsung pada 28 November - 1 Disember 2012.
Terharu hamba menerima selempang merah Anugerah Wira Cendekia Bahasa, cenderamata senaskhah mushaf al-Qur'an beserta terjemahan dan catatan tajwid dan sepersalinan pakaian kebangsaan, lengkap dengan kain songket yang lembut kain dan warnanya.
Semoga kesatuan fikiran (wahdatul fikr) dan kesatuan tindakan (wahdatul amal) kita dalam jemaah Munsyi Dewan dapat menjadi landasan perjuangan kita untuk mengangkat maruah dan martabat bahasa sebagai tunjang tamadun.
Kembara Bahasa
29 November 2012/16 Muharam 1434
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalammualaikum Prof.
ReplyDeleteTahniah dan memang selayaknya buat "Kembara Bahasa" menerima Anugerah Wira Cendekia Bahasa.Tahniah sekali lagi Prof. :)
Terima kasih. Semiga Allah memberikan inayah kepada kita untuk meneruskan perjuangan.
ReplyDeleteRalat: semoga
ReplyDelete