Selamat berkunjung ke blog Kembara Bahasa. Bahan dalam blog ini boleh dimanfaatkan asal sahaja dinyatakan sebagai sumber rujukan atau petikan. Bagaimanapun Kembara Bahasa tidak bertanggungjawab atas apa-apa jua implikasi undang-undang dan yang lain daripada penggunaan bahan dalam blog ini.



~Kembara Bahasa~

Pendukung Melayu Mahawangsa berteraskan risalah Ilahi




Tuesday, March 8, 2011

Kecaman Abdullah Munsyi kepada Orang yang Menghina Bahasa Sendiri



“Adalah suatu hairan lagi tercengang aku sebab melihat dan memikirkan hal orang Melayu ini belum sedar akan dirinya, dia tinggal dalam bodohnya itu oleh sebab ia tiada mahu belajar bahasanya sendiri dan tiada mahu menaruh tempat belajar bahasanya, maka mustahil pada akal adakah orang yang tiada belajar itu boleh menjadi pandai dengan sendirinya. Bukankah segala bangsa di dunia ini masing-masing ada belajar bahasanya?”

~Abdullah Munsyi, 1822~

4 comments:

  1. Begitulah tuan, bodoh sombong bangsa kita.
    Dan mendakwa, kita hanya akan maju jika menguasai bahasa Inggeris. Demikian, mahu pula bertindak terhadap sesiapa yang berani menentang beliau.
    Moga Allah kuatkan hati kami. Amin.

    p/s: mohon dikongsi bersama.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Benar Prof..
    Kita bangga bila mampu menguasai bahasa asing..
    Akan tetapi tidak pula bertungkus lumus untuk mempelajari keindahan bahasa Melayu..
    Bukankah warisan bangsa itu yang harus dipertahankan ?
    Sangat mendukacitakan bila mengaku sebagai bangsa Melayu akan tetapi lebih selesa berbahasa asing biarpun dengan orang Melayu sendiri..
    Mungkin dirasakan bahasa Melayu itu sendiri tidak mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bahasa yang lainnya..

    ReplyDelete
  3. Salam, Prof,
    1822 orang Melayu masih "belum sedar akan dirinya, dia tinggal dalam bodohnya itu oleh sebab ia tiada mahu belajar bahasanya sendiri dan tiada mahu menaruh tempat belajar bahasanya". 2011 masih juga begitu, malah semakin banyak yang memperenteng bahasanya sendiri walhal bahasa melambangkan bangsa.

    ReplyDelete
  4. Sdr. Yusuf, Sofie dan Sdr. Zul,

    Orang yang meremehkan warisan bangsanya sendiri, apatah lagi bahasa (kurniaan tertinggi Allah, di samping akal) ialah orang yang kufur nikmat dan azab Allah amat pedih kelak kepada orang yang kufur nikmat. Kalaulah orang yang bersikap demikian membaca Surah al-Rum, ayat 21, surah Ibrahim, ayat 4, surah Al-Rahman, ayat 1-4 dll., nescaya insaflah dia betapa bahasa (yang dikurniakan kepada setiap bangsa) perlu disyukuri dan dimajukan oleh bangsa berkenaan.

    Tidak mustahil juga bahawa orang seperti itu mengalami penyakit rendah diri atau mungkin penyakit tiada rasa harga diri ("self-esteem", istilah Inggerisnya jika istilah Melayunya tidak difahami) sehingga begitu memuja milik bangsa lain (bukan sekadar memanfaatkannya sebagai nilai tambah).

    ReplyDelete