Selamat berkunjung ke blog Kembara Bahasa. Bahan dalam blog ini boleh dimanfaatkan asal sahaja dinyatakan sebagai sumber rujukan atau petikan. Bagaimanapun Kembara Bahasa tidak bertanggungjawab atas apa-apa jua implikasi undang-undang dan yang lain daripada penggunaan bahan dalam blog ini.
~Kembara Bahasa~
Pendukung Melayu Mahawangsa berteraskan risalah Ilahi
Thursday, November 17, 2011
Kejinya Sifat Tamak di Sisi Allah
Kejinya Sifat Tamak
Sifat tamak tanda yang empunya diri tidak syukur akan nikmat Allah dan tanda tidak redha akan qadak dan qadar yang telah ditetapkan oleh Allah.
Syukurilah nikmat Allah dan redhailah ketentuan takdir-Nya dengan menghindari sifat tamak dan hasad akan nikmat yang diberikan Allah kepada orang lain. Perlu ada sifat berasa cukup akan nikmat yang diberikan Allah.
Sifat tamak seringkali menjadi punca kejahatan-kejahatan lain. Antaranya termasuklah sanggup mencari laba atau harta melalui jalan yang menyalahi hukum agama, seperti rasuah, mencuri dan mengambil milik anak yatim dan adik-beradik atau saudara-mara.
Sifat tamak turut menjadi punca seseorang iri hati lalu merencanakan dengki khianat kepada orang lain seperti menjatuhkan atau memfitnah orang berkenaan. Hatinya sentiasa tidak puas akan apa-apa yang dimiliki dan tidak puas pula akan apa-apa nikmat yang diperoleh orang lain, hatta kaum kerabat dan sahabatnya sendiri.
Mudah-mudahan dengan bersyukur, akan ditambah oleh Allah nikmat kepada kita. Amin.
~Kembara Bahasa~
17 November 2011/22 Zulhijah 1432, 10.25 malam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Amin Ya Rabbal-al-Amin
ReplyDelete